KERIS PANJANG DIRAJA


Alat Kebesaran Melayu yang sangat dimuliakan ialah Keris dan KERIS PANJANG DIRAJA adalah alat Kebesaran Negara yang utama dalam istiadat Pertabalan. Keris Panjang Diraja adalah Keris Kerajaan dan adalah sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan. Keris ini, daripada hulunya hingga ke sarungnya bersalut dengan emas dan di atas sampirnya diterapkan dengan lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang sebelas Negeri Semenanjung. Matanya ditempa daripada besi waja yang diambil dari sebelas bilah keris daripada Negeri-negeri itu. Hulu Keris ini berbentuk "Tapak Kuda" dengan hiasan yang merupakan buah jering. Keris ini hanya dibawa oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dalam istiadat-istiadat tertentu sahaja.

Information from ISTANA NEGARA.