KALUNG DIRAJA


KALUNG ialah rantai leher yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong iaitu diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian. Kalung ini merupakan sebahagian daripada pakaian kebesaran yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda dalam istiadat-istiadat kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kalung ini juga boleh dicerai mejadikannya sepasang subang, kerongsang dan kerabu.

Information from ISTANA NEGARA.